Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tidak patuh jadual pemeriksaan antara punca penyakit tibi sukar di bendung


Tarikh kemaskini: 21/07/2019




TAWAU, 21 Julai (bernama) --Tidak patuh jadual dan kurang disiplin untuk membuat pemeriksaan kesihatan antara punca penyakit tuberkulosis (tibi) sukar dirawat dengan lebih berkesan.

Pakar Perubatan Klinik Kesihatan Apas Balung, Dr Nurul Idayu Mior Azmi menjelaskan penyakit tibi boleh dirawat sekiranya seseorang pesakit itu konsisten ketika sedang dalam rawatan.

"Tidak akur pada waktu temu janji dan tidak ambil ubat hanya kerana disebabkan kekangan masalah logistik sedangkan penting untuk pesakit mendapatkan rawatan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Jom Kenali Tibi di Dewan Serbaguna Kampung Inderasabah yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Dr Nurul Idayu berkata daerah Tawau merupakan kawasan kedua tertinggi seluruh Sabah selepas Kota Kinabalu berkaitan penyebaran penyakit tibi.

Beliau berkata Kampung Inderasabah merupakan antara lokaliti tibi iaitu dari tahun 2017 sehingga kini mencatat 13 orang pesakit positif penyakit berkenaan.

Dr Nurul Idayu berkata jika terdapat simptom penyakit tibi, pesakit perlu segera ke hospital untuk mendapat rawatan kerana ia boleh berjangkit dan jika tidak dirawat boleh membawa maut.

Sementara itu Nizam ketika berucap, berharap agar program seperti itu akan terus dilaksanakan sebagai usaha memberi kesedaran secara berterusan kepada masyarakat.

Katanya, masyarakat pula harus sentiasa menjaga kesihatan dengan mengamalkan gaya hidup sihat melalui pengambilan makanan seimbang dan sentiasa bersenam.

"Kebersihan kawasan persekitaran juga perlu diambil berat bukan sahaja bagi mengelak penyakit tibi malah penyakit-penyakit berjangkit yang lain"

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program sehari itu berlangsung antaranya pemeriksaan kesihatan secara percuma, ceramah, pameran dan pemeriksaan kanser rahim.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PH tidak tolak hasil kajian berbentuk ilmiah dan membina - Muhyiddin

 
     

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel