Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Persatuan sukan daerah gagal hantar pelaporan bakal di batal pendaftaran


Tarikh kemaskini: 21/07/2019




TAMBUNAN, 21 Julai (Bernama) -- Hanya 300 daripada 800 persatuan sukan di negeri Sabah didapati aktif setakat ini, manakala selebihnya berhadapan dengan risiko dibatalkan pendaftaran sekiranya masih gagal menghantar laporan Mesyuarat dan Tata Penyediaan Domuken (MYKB) sebagaimana yang diwajibkan oleh pejabat Pesuruhjaya Sukan Negeri.

Pesuruhjaya Sukan Sabah Sempini Langiton berkata setiap Persatuan Sukan Daerah dan Kelab diwajibkan menghantar sistem pelaporan melalui Pengurusan MYKB sebelum Mac setiap tahun bagi mengelak pendaftarannya dibatalkan.

Beliau berkata setiap persatuan dan kelab sudah sedia maklum mengenai perkara ini, dan mereka tidak mempunyai alasan untuk mengelak daripada berbuat demikian.

Berucap dalam satu majlis sempena Kursus Pengurusan Sukan Bahagian Keningau di sini, hari ini, beliau turut meminta supaya persatuan sukan dan kelab agar menjalankan aktiviti mereka berlandaskan kepada etika perlembagaan yang telah ditetapkan.

Beliau turut meminta persatuan di seluruh negeri mengiktiraf kewujudan kelab dari setiap kampung atau taman-taman perumahan, kerana menerusi kelab-kelab inilah yang akan membolehkan kerajaan mencungkil bakat-bakat baru dalam bindang sukan yang boleh diketengahkan di peringkat yang lebih tinggi.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Perbicaraan kes rogol libatkan Exco Perak bersambung Februari depan

 
     

Lelaki meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

 
     

JPJ N. Sembilan kutip RM1.2 juta bidaan nombor pendaftaran NDN

 
     

FAMA sumbang RM49,084 kepada keluarga lapan wira negara terkorban semasa Op Daulat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel