Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sabah cadang kategori jalan pelancongan luar bandar diwujudkan


Tarikh kemaskini: 22/07/2019





KINABATANGAN, 22 Julai (Bernama) -- Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedick mencadangkan agar kategori ‘Jalan Pelancongan Luar Bandar’ diwujudkan, bagi memudahkan penyediaan peruntukan khas untuk menyelenggara atau menaik taraf jalan berkenaan.

Ini kerana katanya kategori jalan tersebut penting kerana terdapat banyak jalan yang menghubungkan pusat pelancongan yang diusahakan komuniti luar bandar, tidak dapat diselenggarkan ekoran ketiadaan peruntukan khusus.

“Selama ini kita sedia maklum dengan kategori jalan iaitu jalan pertanian, jalan majlis dan jalan kampung, tetapi tiada kategori jalan pelancongan luar bandar.

"Maka kita mencadangkan agar satu kategori baharu yang kita namakan sebagai Jalan Pelancongan Luar Bandar diwujudkan, supaya jalan-jalan yang masih memerlukan peruntukan penaiktarafan dapat dikemukakan kepada kerajan negeri atau persekutuan, dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ewon berkata cadangan itu selaras dengan keputusan kabinet negeri awal taun ini untuk menubuhkan Jawatankuasa Pelancongan Luar Bandar yang dipengerusikan olehnya bersama Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Christina Liew, bagi memantau dan melipatgandakan usaha membangunkan sektor pelancongan luar bandar secara bersepadu, termasuk jalan perhubungan.

"Saya telah mempengerusikan mesyuarat itu untuk membincangkan lebih lanjut mengenai terma rujukan dan fokus utama jawatankuasa ini.

"Antara fokus utamanya ialah mewujudkan polisi kerajaan negeri berkenaan pelancongan luar bandar, isu aktiviti pelancongan luar bandar di kawasan perhutanan, pulau dan persisiran pantai serta keperluan menaik taraf jalan-jalan menuju ke pusat aktiviti pelancongan komuniti," katanya.

Ewon turut memberitahu kunjungannya ke Koperasi Pelancongan Mukim Batu Puteh Kinabatangan (KOPEL Bhd) di sini baru-baru ini, boleh dicontohi atas kerjasama korperasi berkenaan dengan Jabatan Perhutanan Negeri, membangunkan kawasan sekitar kampung, dijadikan punca pendapatan penduduk melalui aktiviti pelancongan.

Menurutnya, terdapat beberapa daerah seperti Nabawan dan Keningau yang bersempadan dengan hutan simpan berpotensi untuk dibangunkan, sebagai pusat pelancongan luar bandar, namun usaha itu tersekat kerana polisi tertentu.

“KOPEL Bhd boleh menjadi aras tanda kejayaan kepada pelancongan luar bandar berasaskan komuniti di mana mereka berjaya meraih pendapatan RM2.4 juta pada tahun lepas dengan kehadiran lebih 7,000 pelancong ke mukim itu.

“Selain itu, aktiviti pelancongan di mukim itu turut menyediakan pelbagai jenis pekerjaan kepada 128 orang penduduk kampung sekitar," katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel