Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis kesan dua individu serang guru di sebuah sekolah di Bachok


Tarikh kemaskini: 22/07/2019




BACHOK, 22 Julai (Bernama) -- Polis Kelantan sedang mengesan dua individu yang didakwa terlibat dalam kes menyerang seorang guru di dalam kawasan sebuah sekolah menengah di Bachok, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan ACP Wan Khairuddin Wan Idris berkata kedua-dua lelaki yang berusia 40-an itu sudah dikenal pasti.

“Susulan kejadian itu polis juga menerima satu laporan polis selepas pukul 12 tengah malam tadi dan kita  sedang mengesan kedua-dua suspek di sekitar Bachok.

"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 323 kerana memukul dan Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Wan Khairuddin berkata berdasarkan maklumat yang diterimanya, kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi semalam di tempat meletak kenderaan tetamu di dalam kawasan sekolah itu.

Beliau berkata mangsa yang berusia 52 tahun ketika itu mahu pulang ke rumahnya selepas melakukan pemantauan di kelas Tingkatan 5 sebelum diserbu dua suspek itu.

"Berdasarkan video yang ditularkan, mangsa telah diheret dan dipegang oleh seorang lelaki dan berlaku perbalahan mulut dipercayai akibat salah faham berkaitan kes penggantungan sekolah seorang pelajar di sekolah itu.

"Polis akan melakukan siasatan lanjut dan menjangka akan menahan pihak yang terlibat tidak lama lagi," katanya.

Semalam tular di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp sebuah video mengenai tindakan dua lelaki yang menyerbu ke dalam sekolah dan cuba mengheret seorang guru di sebuah sekolah di Bachok.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     

Semakan keputusan kemasukan MRSM tingkatan satu bermula hari ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel