Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sabah berpotensi jadi pengeksport bersih pisang Cavendish


Tarikh kemaskini: 22/07/2019




KOTA KINABALU, 22 Julai (Bernama) -- Sabah perlu menerima guna model perniagaan ladang pisang Cavendish yang berjaya di Kemboja untuk memenuhi permintaan tempatan dan pasaran eksport, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Junz Wong.

Setelah melawat ladang pisang Cavendish seluas 4,046.85 hektar di negara berkenaan yang diuruskan rakyat Malaysia, Datuk Tom Chow Chin Kiat, Junz menyatakan rasa kagum terhadap teknologi perladangan moden yang digunakan untuk mengeluarkan pisang berkualiti tinggi secara konsisten bagi pasaran termasuk China, Australia, Jepun dan Amerika Syarikat.

“Mereka mempunyai kepakaran, malah mereka memiliki ladang benih kultur tisu sendiri selain nurseri menggunakan kaedah pengeluaran benih konvensional.

“Selain itu mereka ada kilang pembuatan baja sendiri yang mengeluarkan 10 tan baja organik setiap bulan, menggunakan terutamanya hampas sawit yang banyak di Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Junz berkata antara lain, ladang itu turut menggunakan sistem pengairan moden dan sistem dron berteknologi tinggi untuk memantau kedaan pertumbuhan dan nutrisi tumbuhan tersebut.

Ia juga dilengkapi sistem mekanikal khusus untuk mengangkut pisang setelah dituai ke bahagian jaminan kualiti dan kawalan kualiti (QAQC) kemudiannya dipindahkan ke kilang pembungkusan yang meningkatkan tahap kecekapan secara ketara.

Beliau berkata keseluruhan ladang itu, termasuk bahagian pembuatan dan pembungkusan, menggaji 2,000 pekerja dan perbelanjaan modal awal adalah tidak kurang daripada US$10 juta (US$1=RM4.12).

“Saya menjemput mereka untuk datang ke Sabah serta membawa masuk pelaburan, pengetahuan teknologi dan sistem QAQC mereka,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     

Kilang proses minyak kapal terpakai diarah tutup

 
     

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kuching

 
     

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel