Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KPI sentiasa pantau untuk memastikan projek disiapkan ikut tempoh ditetapkan


Tarikh kemaskini: 22/07/2019





RANAU, 22 Julai (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Infastruktur Sabah (KPI) akan sentiasa memantau atau memastikan agar semua projek yang dilaksanakan di bawah kementerian itu dapat disiap dalam tempoh yang ditetapkan.

Sehubungan itu,  Menterinya Datuk Peter Anthony bersama beberapa agensi di bawahnya seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Air Sabah telah melakukan siri lawatan keraja ke beberapa tapak projek di seluruh Sabah hari ini sehingga esok.

“Selain untuk memastikan projek yang dilaksanakan di bawah kementerian ini dapat dilaksanakan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Siri lawatan kerja ini juga bertujuan untuk mendapatkan input daripada wakil rakyat dan masyarakat di kawasan yang kita lalui mengenai keperluan projek yang boleh dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mendengar taklimat daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Paginatan Datuk Abidin Madingkir, di sini hari ini.

Terdahulu, Peter dan rombongannya telah melawat Projek Pembinaan Cerun di Kilometer 83.9 Jalan Kota Kinabalu-Ranau.

Beliau turut dijadualkan melawat beberapa projek yang sedang dilaksanakan di Telupid, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Tawau, Kalabakan, Maliau Basin dan Nabawan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     

Latihan kemahiran percuma kepada kumpulan B40 dperluas ke Sabah, Sarawak - NIOSH

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel