Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tahan dua suspek serang guru di Bachok


Tarikh kemaskini: 22/07/2019





KOTA BHARU, 22 Julai (Bernama) -- Dua suspek lelaki berusia 40-an yang didakwa menyerang seorang guru di sebuah sekolah menengah di Gunong, Bachok semalam akhirnya ditahan polis, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Bachok, DSP Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata suspek yang juga adik-beradik itu ditahan kira-kira pukul 5.15 petang selepas hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok hari ini.

“Polis akan memohon perintah reman terhadap kedua-dua suspek bermula esok bagi membantu siasatan lanjut kes ini,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, malam ini.

Sebelum ini polis cuba mengesan dua lelaki yang didakwa menyerang seorang guru dalam kawasan sebuah sekolah menengah di Bachok yang tular di laman sosial sejak semalam. 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Pesta Pulau Pinang sasar 500,000 pengunjung

 
     

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel