suQGhZ2AO_0 Dua beradik serang guru ditahan reman empat hari
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua beradik serang guru ditahan reman empat hari


Tarikh kemaskini: 23/07/2019





BACHOK, 23 Julai (Bernama) -- Dua beradik yang disyaki menyerang seorang guru di sebuah sekolah menengah di Gunong di sini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga Jumaat ini, bagi membantu siasatan.

Perintah tahanan reman ke atas kedua-dua lelaki itu, masing-masing berusia 42 dan 30 tahun, dikeluarkan di Mahkamah Majistret Bachok oleh Majistret Azem Fatihi Kamal.

Kedua-dua lelaki terbabit, yang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok semalam, disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan bagi kesalahan memukul dan Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.

Ahad lepas, tular satu rakaman video berdurasi 3 minit 31 saat memaparkan dua lelaki menyerang seorang guru di dalam perkarangan sebuah sekolah akibat salah faham berhubung anak saudara jagaannya yang digantung persekolahan.

Video itu turut memperlihatkan seorang daripada suspek bertindak mengasari dan cuba mengheret guru berusia 52 tahun ke luar pagar sekolah.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Seksyen 5 tol WCE dibuka mulai 10 malam ini

 
     

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel