Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Anak syarikat tidak langsung KUB jual kilang, tanah bernilai RM44.8 juta


Tarikh kemaskini: 23/07/2019





KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Anak syarikat tidak langsung KUB Malaysia Bhd (KUB), KUB Maju Mill Sdn Bhd (KUBMA) dan KUB Sepadu Sdn Bhd (KUBS) menjual kilang, peralatan sampingan dan jentera selain tanah pegangan pajak seluas 60 hektar bernilai RM44.8 juta kepada Sinong Pelita Oil Mill Sdn Bhd (SPOM).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, KUB berkata KUBMA dan KUBS memeterai perjanjian jual beli dengan Sinong Pelita bagi penjualan itu.

KUBMA merupakan pemilik kilang yang terletak di sebahagian tanah yang dijual oleh KUBS, yang merupakan pemunya berdaftar di estet terletak daerah Oya Dalat, Mukah, Sarawak, yang mana tanah itu adalah sebahagian daripadanya.

Kilang itu yang mempunyai nilai bersih (NBV) bernilai RM45.59 juta setakat 31 Dis, 2018 ketika ini dibiayai menerusi debentur bagi kemudahan perbankan kepada KUBMA oleh bank tempatan.

Anggaran NBV bagi tanah itu termasuk tanaman hidup bernilai RM169,858 setakat 31 Dis, 2018. Tanah tersebut ditanam dengan kelapa sawit yang menghasilkan kira-kira 1,826 tan tandan buah segar antara 2016 dan 2018.

Mengenai rasionalisi penjualan, KUB berkata penjualan kilang itu akan membolehkan syarikat menghapuskan aset-aset yang tidak menguntungkan dan mengurangkan aliran keluar tunai dan kemerosotan prestasi kewangan.

“KUBMA akan dapat mengurangkan hutangnya dan perbelanjaan faedah secara ketara dan penjualan tanah itu akan membolehkan KUBS menjana wang daripada aset itu dengan nilai lebih baik memandangkan harga yang ditawarkan SPOM adalah menarik secara komersial.

Penjualan itu akan menambah baik nisbah tahap kadar hutang KUB kepada 0.30 kali berbanding 0.44 kali, berdasarkan keputusan kewangan terkini syarikat itu setakat 31 Mac, 2019.

KUBMA bercadang menggunakan hasil tersebut untuk melunaskan pinjaman banknya dan mengurangkan hutang-hutang lain, manakala hasil untuk KUBS akan digunakan untuk keperluan operasi.

-- BERNAMA

 

 


 

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel