Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bekas panglima tentera darat meninggal dunia akibat kanser


Tarikh kemaskini: 23/07/2019





KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Bekas Panglima Tentera Darat Ke-15 Jen (B) Tan Sri Che Md Noor Mat Arshad meninggal dunia pada usia 76 tahun, petang tadi akibat kanser.

Che Md Noor menghembuskan nafas terakhir pada 2.15 petang di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC).

Menurut kenyataan dikeluarkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), jenazah dibawa ke Masjid Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson untuk dimandi dan dikafankan.

Jenazah akan dikebumi di Pusara Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) selepas itu.

Allahyarham yang telah berkhidmat selama 35 tahun pernah memegang pelbagai jawatan dalam pasukan antaranya Panglima Divisyen (Divisyen Ke-3 Infantri) dan Timbalan Panglima Tentera Darat sebelum dilantik menjadi Panglima Tentera Darat pada tahun 1995 dan bersara dua tahun kemudian.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Puan Sri Che Maznah Che Mahamod.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel