Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bersatu bahagian Pengkalan Chepa terus beri sokongan kepada kepimpinan parti


Tarikh kemaskini: 24/07/2019





KOTA BHARU, 24 Julai (Bernama) -- Sokongan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Pengkalan Chepa tidak tergugat walaupun wujud beberapa isu semasa dan pergolakan dalam parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu.

Ketua Bersatu Pengkalan Chepa, Ahmad Nas Ruddin Abdullah berkata sehingga kini Bersatu bahagian itu mempunyai 3,600 orang keahlian berbanding 300 orang ahli setahun lepas.

“Jumlah keahlian sentiasa bertambah setiap masa dan kita mempunyai 32 Pusat Daerah Mengundi (PDM). Daripada jumlah itu, sebanyak 25 cawangan mempunyai sekurang-kurangnya 15 orang ahli jawatankuasa (AJK) yang memegang pelbagai jawatan dalam PDM itu.

"Sebahagian besar atau 65 peratus daripadanya adalah kumpulan Srikandi yang mana rata-ratanya adalah muka baru dalam dunia politik tanah air," katanya kepada pemberita di Majlis Wacana Ilmu Srikandi Kelantan bersama isteri Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malek iaitu Dr Hamidah Tuan, anjuran Pertubuhan Masyarakat Pengkalan Chepa (PMPC) di sini hari ini.

Ahmad Nas Ruddin berkata walaupun kebanyakan ahli masih "hijau" dalam dunia politik namun masing-masing menunjukkan keikhlasan serta kesungguhan dalam memperkukuhkan kedudukan parti, dan menurutnya kebanyakan mereka mempunyai sekurang-kurangnya latar pendidikan yang mampu membantu masyarakat setempat bila diperlukan.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Pesta Pulau Pinang sasar 500,000 pengunjung

 
     

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel