Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lebih 200 peket gula-gula 'ghost smoke' dirampas di Sitiawan


Tarikh kemaskini: 24/07/2019





 

LUMUT, 24 Julai (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna cawangan Manjung merampas 240 peket gula-gula ‘Ghost Smoke’ di beberapa premis runcit dan borong di Jalan Raja Omar, Sitiawan, dekat sini, semalam.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Daerah Manjung, Akram Karim Mohamad Arip berkata lima pegawai penguat kuasa kementerian menjalankan pemeriksaan ke atas beberapa premis runcit dan borong kira-kira pukul 10.30 pagi semalam. 

“Hasil daripada pemeriksaan mendapati terdapat sebuah premis menjual gula-gula “Ghost Smoke” (Cool Fruit Powder) secara runcit dan telah menemui sejumlah 240 peket disimpan di premis tersebut. 

“Kesalahan disyaki telah dilakukan di bawah Seksyen 5(1) Akta Perihal Dagangan 2011, Larangan perihal dagangan palsu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Akram Karim berkata pihaknya menyita semua gula-gula tersebut yang bernilai RM76 dan disimpan di stor ekshibit di Manjung untuk siasatan lanjut.

Media sebelum ini melaporkan mengenai kebimbangan ibu bapa berhubung penjualan gula-gula Ghost Smoke yang mengeluarkan asap seakan-akan rokok apabila disedut. 

Sementara itu di Kota Kinabalu, SABAH, pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Sabah merampas  224 unit gula-gula “Ghost Smoke” dari sebuah premis di Petagas dekat sini, hari ini.

Pengarahnya Georgie Abas berkata rampasan dilakukan menerusi pelaksanaan operasi yang dijalankan secara menyeluruh di Sabah bagi mengesan penjualan gula-gula itu.

“Semenjak operasi bermula pada 23 Julai lepas hingga hari ini, 125 premis diperiksa di seluruh Sabah dan ini merupakan kes pertama membabitkan gula-gula “Ghost Smoke” itu di Sabah,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata pemeriksaan akan diteruskan bagi mengesan dan memastikan tiada lagi penjualan gula-gula berkenaan, dan pada masa sama, pengguna dialu-alukan untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan penjualan gula-gula itu kepada pihak kementerian untuk diambil tindakan.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan mahu penjualan gula-gula "Ghost Smoke" yang mengeluarkan asap seakan-akan rokok apabila disedut itu, dihentikan dengan segera.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel