Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis bongkar kegiatan perjudian berselindung di sebalik kedai baiki komputer


Tarikh kemaskini: 25/07/2019





GEORGE TOWN, 25 Julai (Bernama) -- Polis Daerah Barat Daya berjaya melumpuhkan satu sindiket perjudian dalam talian yang berselindung di sebalik premis perniagaan membaiki komputer di sebuah kondominium mewah di Sungai Ara dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt A A Anbalagan hari ini berkata seramai lima lelaki berumur antara 19 dan 40 tahun yang bekerja di situ turut ditahan dalam serbuan yang dijalankan pada kira-kira pukul 11 malam itu.

“Siasatan awal mendapati sindiket itu sudah beroperasi sejak sebulan lepas di kedai berkenaan yang menjadi pusat menyelaras operasi judi dalam talian melibatkan pertaruhan lumba kuda, anjing dan pelbagai lagi bentuk judi yang dipercayai berlangsung di luar negara,” katanya di sini.

Menurutnya sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Barat Daya telah menjalankan risikan ke atas premis itu sejak beberapa minggu lepas dan mendapati sindiket itu turut menggunakan pelbagai peralatan komputer canggih untuk menyelaras pertaruhan yang diterima.

“Suspek-suspek yang ditangkap kini menjalani tahanan reman untuk membantu siasatan dan dalang utama di sebalik kegiatan perjudian ini sedang diburu,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel