Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Rekaan pekerja bahagian pengurusan bakal diguna untuk kempen Air/Rokok Perak


Tarikh kemaskini: 25/07/2019




IPOH, 25 Julai (Bernama) -- Minat mendalam dalam seni reka bentuk, seorang pekerja bahagian pengurusan sebuah syarikat swasta membuahkan hasil apabila rekaan posternya memenangi pertandingan reka bentuk anjuran People of Remarkable Talent (PORT) yang bertemakan 'Save Water/Stop Smoking'. 

Tambah manis, rekaan Loo Wai Yew, 31, yang berasal dari Kuala Lumpur itu berkemungkinan akan digunakan sebagai iklan dan promosi untuk kempen 'Save Water/Stop Smoking' seluruh Perak.

"Saya tidak mempunyai sebarang latar belakang mengenai seni reka bentuk hanya mempelajarinya dari YouTube.

"Sebelum ini, saya pernah memasuki beberapa pertandingan tetapi sekadar memenangi sagu hati dan saya memang tidak sangka saya memenanginya kali ini," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Reka Bentuk di PORT di sini, hari ini.

Hadir bagi menyampaikan hadiah itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Tan Kar Hing.

Loo turut membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM1,000 dan sijil penyertaan.

Dalam pada itu, Tan berkata pertandingan yang dimulakan 3-30 Jun lepas itu menerima sebanyak 25 penyertaan dari seluruh negara.

 "Kita berpuas hati dengan kreativiti yang ditunjukkan oleh peserta sama ada dalam dan luar negeri Perak.

"Reka bentuk ini akan ditunjukkan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bagi menerima pandangan beliau dan kemungkinan reka bentuk ini akan ditukar mengikut kesesuaian sebelum digunakan untuk tujuan promosi dan iklan kempen Save Water/Stop Smoking," katanya.

 -- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel