Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KPDNHEP rampas 108 paket gula-gula berasap di Kulim


Tarikh kemaskini: 25/07/2019





ALOR SETAR, 25 Julai (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kulim merampas sejumlah 108 paket berisi 'gula-gula berasap' atau 'ghost smoke' di sebuah premis di Pekan Mahang, Kulim, semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Daerah Kulim, Mohd Fazly Edros berkata rampasan itu adalah hasil pemeriksaan di beberapa premis runcit dan borong sekitar Kulim yang bermula pada 9.30 pagi.

"Kesemua 108 paket gula-gula berasap jenama ghost smoke yang ditemui di dalam empat kotak berasingan itu dianggarkan bernilai sejumlah RM54,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, gula-gula tersebut telah disita untuk siasatan lanjut dan pemilik premis telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 5(1) Akta Perihal Dagangan 2011, Larangan perihal dagangan palsu.

Mohd Fazly berkata peniaga juga dinasihatkan supaya tidak menjual dan menyimpan gula-gula kerana ia dikhuatiri boleh mendedahkan pelajar kepada gejala-gejala negatif memandangkan gula-gula tersebut berfungsi seakan-akan rokok. 

Satu video mengenai kanak-kanak yang menghisap gula-gula berasap sambil mengeluarkan asap  seakan vape itu kini tular di laman sosial dan gejala itu telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa.

Sementara itu di Seremban, KPDNHEP Negeri Sembilan menjalankan 26 pemeriksaan ke atas premis perniagaan terutama di kawasan berhampiran sekolah-sekolah bagi memantau penjualan gula-gula berasap jenama ‘Smoke Candy atau Ghost Candy’ di kalangan pelajar, namun setakat ini tiada tiada sebarang penjualannya dikesan,

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP negeri Johary Yacob dalam kenyataan di sini, hari ini berkata selain penjualan gula-gula berasap, pihaknya turut memantau penjualan rokok elektronik kepada pelajar-pelajar sekolah.

Bagaimanapun menurutnya berdasarkan semakan, penjualan rokok elektronik di platform atas talian seperti Lazada dan Shopee ditetapkan hanya kepada pengguna yang berumur 18 tahun ke atas sahaja. 

“KPDNHEP akan terus meningkatkan kerjasama dengan agensi terlibat seperti Kementerian Kesihatan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melalui jawatankuasa khas bagi menangani gejala penggunaan rokok elektronik,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel