Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

St John Ambulans Sarawak rayu krajaan persekutuan jadikan latihan CPR wajib


Tarikh kemaskini: 28/07/2019





KUCHING,  28 Julai (Bernama) -- Pengerusi dan Komander St John Ambulans Sarawak, Datuk Seri Ang Lai Soon merayu kepada kerajaan agar mewajibkan latihan Pemulihan kardiopulmonari (CPR).

Beliau berkata, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah respons baru-baru ini dengan mengadakan sesi CPR bagi mencatatkan rekod baru dari segi jumlah penyertaan orang.

“Saya secara aktif berkempen dan mempromosi agar latihan CPR dikwajibkan di sekolah dan institusi pengajian tinggi bukan dahaja di Malaysia malah di luar negara sejak beberapa tahun lepas.

“Pada masa sekarang tidak ramai daripada kita mendapat sebarang latihan bantuan kecemasan; malahan sedikit sahaja mempunyai sijil bantuan kecemasan. Tidak ramai berpengetahuan atau dilatih dalam kepakaran menyelamatkan nyawa CPR,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed kerana menasihati kami agar mempelajari Bantuan Kecemasan pada Majlis Penyampaian Pertandingan Bantuan Kecemasan Belia Rantau Asia Pasifik di Klang pada 20 Julai tetapi berkata latihan CPR juga perlu dipertimbangkan.

Ang mengulangi rayuan kepada Kerajaan Persekutuan agar menjadikan pembelajaran CPR sebagai mata pelajaran wajib di sekolah dan institusi pengajian tinggi pada Pertandingan Bantuan Kecemasan dan Kejururawatan St.John Ambulans Sarawak, pada 23 Jun.

Kerajaan terdahulu bersetuju dan menyokong penuh cadangan ini yang tidak bermotifkan politik, katanya.

Beliau berkata kerajaan perlulah melihat perkara ini terutama sekolah-sekolah di luar bandar atau sepanjang kawasan pantai di mana orang ramai agak sukar untuk pergi ke klinik, yang malah mungkin tidak mempunyai doktor pemastautin.

“Kami di St John Ambulans Sarawak telah menawarkan untuk melatih pelajar dan orang awam mengenai CPR dan sambutannya amat baik,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel