Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penerbangan terus dari Brunei ke Tawau tahun ini


Tarikh kemaskini: 29/07/2019





TAWAU, 29 Julai (Bernama) -- Kedatangan pelancong antarabangsa ke Tawau disasar terus meningkat dengan adanya penerbangan terus dari Brunei, tahun ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew berkata penerbangan julung kali oleh Royal Brunei Airlines ke Tawau itu amat dialu-alukan kerana akan merancakkan sektor pelancongan sekali gus ekonomi negeri.

Katanya, penerbangan itu dijangka bermula antara Oktober atau November ini.

"Ini (penerbangan terus) sangat bagus, dan kalau saya melawat ke sempadan kita iaitu Indonesia, saya harap mereka (Indonesia) juga ada menyediakan penerbangan terus ke Tawau," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurut Liew, Tawau merupakan pintu masuk alternatif untuk pelancong asing ke pantai timur Sabah.

"Saya amat berazam dan akan (giat) mempromosi pelancongan Tawau dan Sabah," katanya.

Sebelum ini, Tawau, Lahad Datu serta Semporna dikenal pasti sebagai hab destinasi pelancongan di pantai timur Sabah.

Antara destinasi pelancongan menarik di Tawau adalah Balung River Eco Resort, Kawasan Perlindungan Imbak Canyon, Muzium Koko Teck Guan, Perkampungan Koko Teck Guan, Maliau Basin dan Bukit Gemok Tawau.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

PH tidak tolak hasil kajian berbentuk ilmiah dan membina - Muhyiddin

 
     

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel