Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis Sabah gagalkan cubaan bawa masuk dadah di KKIA


Tarikh kemaskini: 29/07/2019





KOTA KINABALU, 29 Julai (Bernama) -- Polis Sabah menggagalkan cubaan membawa masuk dadah jenis ketamin seberat 747 gram dan 500 bijil pil eramin 5 menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dengan tertangkapnya tiga lelaki pada Khamis lepas.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Zaini Jass berkata ketiga-tiga lelaki itu berusia antara 25 dan 37 tahun, dan dua daripada mereka ditahan di Balai Ketibaan KKIA sebaik tiba dari Kuala Lumpur pada pukul 6.40 petang dan seorang lagi ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Penampang pada pukul 11 malam.

“Dadah itu dibawa dalam satu bagasi, ketamin yang dirampas bernilai RM30,000, manakala pil eramin 5 seberat 145 gram yang dirampas bernilai RM7,500,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas wang tunai RM8,000 dan sebuah kereta Honda Jazz bernilai RM50,000 daripada lelaki ketiga yang ditahan di Penampang yang disyaki turut terlibat, dan menurutnya ujian air kencing mendapati dua lelaki yang ditahan di KKIA itu positif menggunakan dadah jenis ketamin.

Zaini berkata siasatan awal mendapati dadah itu diperolehi dari Kuala Lumpur dan cuba dibawa ke Kota Kinabalu untuk dipasarkan di pusat-pusat hiburan, dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1953 dan ketiga-tiga lelaki itu ditahan reman  sehingga 1 Ogos ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PH tidak tolak hasil kajian berbentuk ilmiah dan membina - Muhyiddin

 
     

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel