Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan peruntuk RM3.6 juta baik pulih kediaman polis di Kompleks IPK Sarawak


Tarikh kemaskini: 29/07/2019





KUCHING, 29 Julai (Bernama) -- Kerajaan pusat memperuntukkan RM3.6 juta untuk kos baik pulih kediaman anggota polis di Kompleks Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak, Jalan Badruddin di sini yang dibina pada tahun 1968, yang dilihat sudah terlalu uzur dan perlu dibaik pulih dengan segera.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau difahamkan kos keseluruhan untuk baik pulih kompleks itu menelan belanja RM7 juta, namun kerajaan hanya mampu meluluskan sebahagian daripada jumlah itu disebabkan masalh kekangan kewangan.

“Bakinya akan usahakan selewat-lewatnya menjelang tahun hadapan. Kita bersimpati dengan situasi dan kesulitan yang dihadapi oleh 800 orang penghuni di sini dimana kebanyakkan lif sudah tidak berfungsi, rosak selain menghadapi pelbagai lagi masalah lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melawat ke kompleks berkenaan di sini, hari ini, antara yang turut bersama beliau ialah Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Azman Yusof dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Muhyiddin berkata setakat ini, kerja-kerja baik pulih telahpun berrmula dan memerlukan sedikit masa untuk disiapkan, dan menurutnya tahun ini, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM200 juta untuk kos baik pulih kompleks perumahan anggota polis di seluruh Malaysia.

Terdahulu beliau turut mengambil peluang menziarah salah seorang anggota polis yang menghidapi penyakit kronik dan menyerahkan sumbangan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel