Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Malaysia tuan rumah lawatan pelabuhan TMP keenam di Sandakan


Tarikh kemaskini: 29/07/2019





SANDAKAN, 29 Julai (Bernama) -- Malaysia diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah Lawatan Pelabuhan Rondaan Maritim Trilateral (TMP) membabitkan Malaysia, Indonesia dan Filipina di Markas Wilayah Laut 2 (Mawilla 2) di sini selama tiga hari bermula hari ini.

Timbalan Komander Mawilla 2 Kapten Azeman Yusoff berkata program di bawah Inisiatif Peraturan Kerjasama Trilateral (TCA) diharapkan dapat meningkatkan persahabatan dan kerjasama antara tentera laut ketiga-tiga negara itu.

"Kami berharap program ini akan meningkatkan kerjasama (Malaysia, Indonesia dan Filipina) dalam menjaga dan mempertahankan perairan kita sepanjang masa.

"Kami tidak tahu bila insiden yang tidak diingini berlaku. Oleh itu, kami (Malaysia, Indonesia dan Filipina) sentiasa memastikan kesiapsiagaan dalam semua aspek dan bekerjasama dalam menangani ancaman sebagai satu pasukan, " katanya kepada pemberita selepas menyambut kapal-kapal tentera laut dari Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Laut (TNI-AL) dan Tentera Laut Filipina di sini.

Azeman berkata Lawatan Pelabuhan TMP telah membawa banyak manfaat kepada anggota tentera laut ketiga-tiga negara sejak TMP dilancarkan pada 2017.

Sementara itu, Pengarah Pusat Kawalan Maritim, Kapten Pulendren Paramasivam berkata kerjasama antara Malaysia, Indonesia dan Filipina telah membuahkan hasil, terutama dalam perkongsian maklumat dan menjalankan rondaan laut yang diselaraskan, yang menghalang penjenayah daripada menjalankan aktiviti di laut.

Kira-kira 200 pegawai dan anggota tentera laut dari tiga negara terlibat dalam Lawatan Pelabuhan TMP.

Tiga kapal tentera laut yang terlibat dalam eksasais selama tiga hari itu ialah KD Pari Malaysia yang diketuai oleh Pegawai Memerintah Lt Komander Mohd Ridzuan Samsudin, KRI Hui Indonesia yang diketuai oleh Lt Kol Ahmad Ahsan dan Kapal Tentera Laut Filipina, BRP General Mariano Alvarez Filipina di bawah pimpina Panglima Raymond F Umbac.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     

Sultan Selangor berkenan hadir ke Jamuan Teh Diraja

 
     

LTTE: Permohonan ikat jamin dua ADUN, ketua pegawai perbadanan didengar Isnin

 
     

Dewan Negara: LPT2 catat 246 kes kemalangan maut dari Januari 2016-Oktober 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel