Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KM Sabah tidak pernah lulus lesen perjudian, sabung ayam


Tarikh kemaskini: 29/07/2019





KOTA KINABALU, 29 Julai (Bernama) -- Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak pernah meluluskan mana-mana lesen perjudian dan sabung ayam di negeri ini.

Justeru, Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Jo-Anna Sue Henley Rampas berkata gambar yang telah diubah suai oleh pihak tidak bertanggungjawab dan ditular di media sosial yang menyatakan Ketua Menteri Sabah telah meluluskan lesen sabung ayam di Sabah adalah tidak benar

Katanya gambar itu telah diubah suai dengan meletakkan logo Perpustakaan Negeri Sabah, Jabatan Imigresen, Kementerian Dalam Negeri, Parti Warisan Sabah dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Gambar sebenarnya adalah gambar yang telah diambil semasa sidang media oleh Ketua Menteri Sabah selepas merasmikan Bangunan Perpustakaan Negeri Sabah di Tanjung Aru pada Khamis lepas, katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata orang ramai diminta tidak mempercayai serta menularkan perkara yang tidak pasti kesahihannya kerana ini akan mengeruhkan keadaan dan mencemarkan reputasi Pentadbiran kerajaan negeri Sabah.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel