Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penyu agar ditemui mati di Langkawi


Tarikh kemaskini: 29/07/2019





LANGKAWI, 29 Julai (Bernama) -- Seekor penyu agar ditemukan mati dalam keadaan terapung di kawasan perairan berhampiran Pantai Pasir Tengkorak, di sini pagi tadi.

Bangkai penyu yang dianggarkan lebih 80 kilogram itu ditemukan kira-kira 11 pagi oleh tiga kakitangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis bersama dua anggota komuniti Sungai Kubang Badak Mangrove Langkawi Geopark yang sedang melakukan tugasan memeriksa peranti agregasi ikan di lokasi berkenaan.

Tiada sebarang kecederaan ditemukan pada bangkai penyu tersebut yang kemudian ditanam di sebuah lokasi di Pulau Jemuruk.

Sementara itu, Ketua Daerah Pejabat Perikanan Daerah Langkawi Azahar Ahmad berkata pihaknya belum menerima laporan mengenai penemuan bangkai penyu tersebut.

“Komuniti nelayan memang mengetahui sebarang penemuan hidupan marin yang terancam sama ada hidup atau telah mati perlu dilaporkan kepada pihak kami sebagai rekod. Jika mendapat laporan kakitangan akan pergi untuk menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kematian dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi.

Azahar berkata perairan Langkawi memang menjadi kawasan tumpuan penyu kerana memiliki banyak makanan seperti rumpai laut, namun tiada sebarang lokasi direkodkan sebagai kawasan pendaratan penyu.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan akan kaji penggunaan alat permainan yang mampu asah minda kanak-kanak

 
     

FAMA rancang bangunkan tanah wakaf dengan tanaman durian

 
     

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     

Geran usahawan hanya untuk yang benar-benar layak - Mohd Redzuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel