Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan Sabah akan bantu mangsa kebakaran Kampung Batung, Pinangah


Tarikh kemaskini: 31/07/2019





KOTA KINABALU, 31 Julai (Bernama) -- Kerajaan Sabah akan membantu mangsa kebakaran di Kampung Batung, Pinangah, Tongod, selepas kediaman mereka musnah terbakar, semalam.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata jabatan dan agensi berkaitan telah diarahkan untuk melawat kampung itu bagi membuat penilaian dan penyediaan bantuan yang akan disalurkan dalam kadar segera.

"Ingatan dan doa saya sentiasa bersama para penduduk kampung. Kerajaan Sabah akan membantu rakyat yang berada dalam kesusahan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang semalam, seorang lelaki warga emas meninggal dunia selepas badannya melecur 90 peratus akibat kebakaran memusnahkan 29 rumah, sebuah tadika, dua kenderaan serta sebuah kuaters klinik kesihatan.

Mangsa dikenali sebagai Eng Suan King @ John Philip disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital terdekat setelah dihantar oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba di tempat kejadian.

Mohd Shafie turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Pada ketika ini, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah akan menyediakan bantuan makanan dan minuman selama tiga hari, selain mangsa kebakaran terlibat boleh mendapatkan keperluan asas lain seperti tilam dan selimut serta susu formula bayi di pusat pemindahan sementara.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Seksyen 5 tol WCE dibuka mulai 10 malam ini

 
     

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel