Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

100 pengusaha inap desa di Kudat sertai program VMK Misompuru Kudat


Tarikh kemaskini: 31/07/2019





KOTA KINABALU, 31 Julai (Bernama) -- Program ‘Visit My Kampung’ (VMK) Misompuru Kudat, anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Sabah dengan kerjasama Tourism Malaysia Sabah selama tiga, yang berakhir semalam, telah disertai 100 pengusaha inap desa Kudat.

Pengarah Motac Sabah Ag Ahmad Zaki Abu Bakar berkata VMK Misompuru Kudat itu yang diadakan bertujuan memperkasakan lagi Program Pengalaman Homestay Malaysia, juga telah menarik penglibatan 50 pelancong luar negara bagi merasai sendiri pengalaman tinggal bersama orang kampung, menerusi pakej dijual oleh pengusaha inap desa terlibat.

"Sabah negeri kedua tertinggi menjana pendapatan menerusi hasil jualan pakej inap desa di seluruh Malaysia, iaitu RM5.79 juta daripada RM27 juta secara keseluruhannya pada tahun lalu (dan pada tahun sama) Sabah turut menunjukkan bilangan kehadiran pelancong (yang tinggal di inap desa) tertinggi, iaitu seramai 47,000 daripada 77,000 pelancong seluruh Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, Penyelaras Misompuru Homestay Kudat (MHK) Datuk Jeffrey Ayah berkata beliau bersama pengusaha inap desa di daerah itu, akan berusaha mewujudkan lebih banyak produk inap desa yang boleh ditawarkan kepada pelancong, selain aktiviti sedia ada seperti menyusuri paya bakau dan sungai, aktiviti menyelam, persembahan tarian tradisi dan demo pembuatan kraftangan.

MHK adalah antara inap desa mencatatkan ramai kehadiran pelancong setiap tahun dan disenaraikan sebagai inap desa kedua terbaik di Malaysia, berdasarkan prestasi hasil pendapatan selain menerima pengiktirafan daripada ASEAN Homestay Standard 2019.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort bertambah kepada 427 orang

 
     

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     

Kilang proses minyak kapal terpakai diarah tutup

 
     

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kuching

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel