Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

750 ahli majlis Sarawak angkat sumpah


Tarikh kemaskini: 31/07/2019




KUCHING, 31 Julai (Bernama) -- Seramai 750 ahli majlis tempatan di Sarawak mengangkat sumpah di sini hari ini.

Seramai 314 orang ahli terbabit atau lebih 40 peratus adalah muka baharu.

Majlis itu disaksikan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Abang Johari memberitahu pemberita, jawatan Datuk Bandar bagi Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (SMC) akan dilantik tidak lama lagi.

“Ini kerana (tempoh jawatan Datuk Bandar dan pengerusi sedia ada) akan sehingga penghujung Ogos,” katanya.

Dalam ucapannya terdahulu, Abang Johari berkata kerajaan negeri akan memberi elaun tetap sebanyak RM300 sebulan kepada setiap ahli majlis tempatan yang dilantik mulai hari ini sehingga 2021.

Sementara itu mengenai Indonesia bercadang untuk memindahkan ibu negaranya di Jakarta ke Kalimantan, Abang Johari berkata kerajaan negeri bersedia membantu Indonesia sekiranya cadangan terbabit direalisasikan.

“Kalau ibu negara mereka (Indonesia) terletak di Kalimantan, sudah tentu kita boleh bekerjasama dengan menteri mereka tentang apa keperluan mereka,” katanya.

Beliau berkata ketika ini Sarawak ada membekalkan tenaga elektrik ke Kalimantan dan bersedia meningkatkan bekalan itu sekiranya ada permintaan dan negeri ini juga ada lebihan bekalan elektrik.

-- BERNAMA

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     

Latihan kemahiran percuma kepada kumpulan B40 dperluas ke Sabah, Sarawak - NIOSH

 
     

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup tengah hari ini

 
     

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel