Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Wakil Rakyat PH Sarawak mempunyai akess untuk memantau permohonan kewarganegaraan - Chong


Tarikh kemaskini: 31/07/2019





KUCHING, 31 July (Bernama) -- Wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) Sarawak kini mempunyai akses langsung ke pejabat Menteri Dalam Negeri untuk memantau dan membuat susulan terhadap kes permohonan kewarganegaraan, Pengerusi PH Sarawak, Chong Chieng Jen berkata hari ini.

Beliau berkata ini berikutan pembubaran Jawatankuasa Khas Mengenai Kewarganegaraan Sarawak (SCC).

Alternatif ini serta tindakan susulan yang lebih cekap dalam mengendalikan permohonan kewarganegaraan  telah terbukti lebih efektif dalam menampakkan hasil,” katanya dalam kenyataan. 

Chong, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, berkata 31 kes telah diluluskan dalam tempoh dua hingga tiga bulan dan lebih banyak kelulusan akan menyusul tidak lama lagi.

"Itulah sebabnya mengapa saya berpendapat bahawa SCC yang diketuai oleh Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Kanak-kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah tidak berkesan dalam menyelesaikan isu permohonan kewarganegaraan yang terlalu lama untuk diselesaikan yang dihadapi ramai rakyat Sarawak yang  tulin," katanya. .

Beliau berkata sejak 2016, SCC menerima 723 permohonan untuk kewarganegaraan tetapi, sehingga  Mei 2019, tiga tahun selepas pembentukan SCC, hanya 123 permohonan telah diluluskan dan pada kadar itu, SCC  memerlukan 15 tahun lagi meluluskan semua  permohonan yang diterima.

Pada hari Isnin, semasa lawatan kerja di sini, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kementeriannya akan terus memberi keutamaan kepada isu kewarganegaraan, termasuk kes-kes peringkat negeri, di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata kementerian juga telah membentuk pasukan petugas khas di peringkat persekutuan untuk menyelesaikan isu kewarganegaraan, termasuk dari Sarawak dan oleh itu, kerajaan persekutuan berpendapat bahawa tidak perlu meneruskan jawatankuasa peringkat negeri mengenai isu itu.

Pada 22 Julai, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim menghantar surat kepada Fatimah yang menyatakan keputusan untuk memberhentikan jawatankuasa itu dan semua kes di Sarawak mesti dirujuk atau dikemukakan kepada kementerian untuk tujuan koordinasi.

 

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Perbicaraan kes rogol libatkan Exco Perak bersambung Februari depan

 
     

Lelaki meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

 
     

JPJ N. Sembilan kutip RM1.2 juta bidaan nombor pendaftaran NDN

 
     

FAMA sumbang RM49,084 kepada keluarga lapan wira negara terkorban semasa Op Daulat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel