Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua lelaki cedera selamat diri ketika kebakaran rumah di Tawau


Tarikh kemaskini: 31/07/2019





TAWAU, 31 Julai (Bernama) -- Dua lelaki cedera ketika menyelamatkan diri dalam kebakaran rumah di Kampung Tanjung Batu Tengah di sini, malam ini.

Kedua-dua mangsa berusia 30-an itu cedera di tangan, akibat terkena serpihan kaca ketika cuba keluar dari rumah yang terbakar.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tawau menggunakan jentera EMRS Bomba.

Pegawai Kanan I Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Faisal Ahmad ketika ditemui berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kebakaran rumah di kampung itu pada 8.28 malam.

Katanya kebakaran itu memusnahkan empat rumah manakala lima rumah lain berjaya diselamatkan 20 anggota bomba yang tiba di lokasi pada jam 8.41 malam.

Menurut Faisal berkata punca kebakaran  masih disiasat.

--BERNAMA

 

 

   

 
 
     
   
 

PH tidak tolak hasil kajian berbentuk ilmiah dan membina - Muhyiddin

 
     

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel