Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Timbang semula keputusan bubarkan jawatankuasa kewarganegaraan - SWWS


Tarikh kemaskini: 01/08/2019




KUCHING, 1 Ogos (Bernama) -- Persatuan Wanita Untuk Wanita Sarawak (SWWS) meminta Kementerian Dalam Negeri untuk menimbang semula keputusan membubarkan Jawatankuasa Khas Kewarganegaraan bagi Sarawak.

Presidennya, Margaret Bedus berkata jawatankuasa itu telah terbukti keberkesanannya dalam mengendalikan kes permohonan kewarganegaraan dengan lebih cepat selain lebih menghormati sensitiviti masyarakat etnik dan negeri ini.

Beliau berkata terdapat juga keperluan untuk semua prosedur operasi standard (SOP) menjadi lebih telus, selain prosedur serta keputusan dapat dibincangkan dengan efisien khususnya bagi mereka yang tinggal di kawasan pedalaman Sarawak.

“Ini memerlukan akses yang lebih baik kepada perkhidmatan kerajaan termasuk jangkauan yang lebih berkesan dan sistematik ke kawasan separa bandar dan luar bandar; latihan kepekaan kepada kakitangan barisan hadapan yang mengendalikan isu pendaftaran dan kerjasama lebih baik antara perkhidmatan,” katanya dalam kenyataan.

Margaret berkata Sarawak perlu mendapat layanan berbeza daripada negeri lain di Semenanjung kerana kerumitan yang timbul daripada kepelbagaian penduduk.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim memaklumkan Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Awal Kanak-kanak Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah secara bertulis pada 22 Julai lepas keputusan untuk membubarkan jawatankuasa itu dan kesemua kes di Sarawak diminta dirujuk atau diserahkan semula kepada kementerian untuk tujuan koordinasi.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel