Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pulau Pinang mohon peruntukan persekutuan biayai PIL1


Tarikh kemaskini: 01/08/2019





GEORGE TOWN, 1 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menghantar surat kepada kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi memohon peruntukan untuk membiayai projek lebuh raya Pan Island Link 1 (PIL1)

Ketua Menteri Chow Kon Yeow hari ini berkata pihaknya akan memohon kepada kerajaan persekutuan untuk membiayai projek itu yang dianggarkan bernilai RM10 bilion.

"Pihak urus setia sedang menyemak butiran (permohonan). Selama beberapa hari lalu, mereka (urus setia) telah memasukkan fakta-fakta untuk rayuan mendapatkan peruntukan itu untuk dihantar kepada Perdana Menteri," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Projek PIL1, satu daripada komponen di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) bernilai RM46 bilion, adalah lebuh raya bertol sepanjang 19.5km dari Persiaran Gurney ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Kawasan Perindustrian Bebas Bayan Lepas IV.

Ia merangkumi bahagian jejambat sepanjang 7.6km, empat bahagian terowong dengan jarak keseluruhan 10.1km, dan bahagian tambakan sepanjang 1.8km.

Dalam sidang akhbar yang sama, Chow turut mengumumkan bahawa satu Kongres Makanan Laut Sedunia 2019 yang bertemakan 'Rantai Bekalan Makanan Laut Masa Depan: Inovasi, Tanggungjawab, dan Kemapanan' yang julung kalinya diadakan di rantau Asia, akan dianjurkan di sini.

Kongres tiga hari itu akan diadakan di Pusat Konvensyen Setia SPICE bermula  9 Sept ini dan merupakan hasil kejayaan bidaan Institut Pulau Pinang pada tahun 2017.

Tambahnya, kongres yang akan membincangkan isu global mengenai keselamatan makanan terutama dalam hal makanan laut dijangka mampu menjana pendapatan kira-kira RM2 juta untuk Pulau Pinang dengan sasaran kehadiran  350 delegasi serantau.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Penggiat industri pelancongan Johor telah diberi taklimat berhubung koronavirus - Exco

 
     

Pengusaha cendawan turut terjejas akibat cuaca panas

 
     

Tapak relau peleburan besi purba ditemukan di Kedah

 
     

Usah biarkan warisan di Kota Bukit Supai terus sepi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel