Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sarawak rancang teknologi sistem ART sebagai pengangkutan awam baharu di Kuching


Tarikh kemaskini: 01/08/2019





KUCHING, 1 Ogos (Bernama) -- Kerajaan negeri Sarawak merancang untuk menggunakan teknologi sistem ‘Autonomous Rapid Transit’ (ART) yang boleh mengangkut jumlah maksimum 400 orang penumpang pada satu masa, sebagai pengangkutan awam baharu bandar raya Kuching.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata sistem ART itu mempunyai gerabak seperti kereta api tetapi bergerak menggunakan tayar di atas jalan raya dan bukannya atas rel.

“Ia (ART) ada peralatan yang membolehkannya membaca tanda (laluannya) di atas jalan raya. Ia ada gerabak dengan setiap gerabak boleh membawa seramai lebih kurang 85 penumpang,” katanya ketika merasmikan Sambutan Ulangtahun Ke-31 Bandaraya Kuching di Kompleks Islam Sarawak, di sini, hari ini.

Turut hadir di majlis itu ialah Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai dan Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk James Chan Khay Syn.

Abang Johari berkata sistem ART boleh membawa maksima sehingga lima gerabak yang membolehkan jumlah penumpangnya mencecah 400 orang di samping kosnya juga lebih murah berbanding sistem Light Rapid Transit (LRT) di Kuala Lumpur, kerana ia tidak perlu dibina jejantas.

“Kosnya boleh jadi satu pertiga sahaja dari kos LRT, murahlah. Ini masih dikaji dan berkemungkinan besar (akan digunakan di bandar raya Kuching),” katanya.

Katanya kerajaan negeri hanya perlu melebarkan sahaja laluan jalan sistem ART di bandar raya ini dan laluan itu dikhususkan untuk digunakan gerabak ART sahaja bagi mengelak kesesakan lalulintas.

Bagaimanapun beliau tidak dapat mengesahkan samada percubaan penggunaan sistem ART di bandar raya ini dapat dilakukan tahun ini dan warga Kuching perlu menunggunya.

Selain itu, Abang Johari berkata percubaan penggunaan tiga bas hidrogen pula kemungkinan bermula bulan ini dan seterusnya menjadikan bandar raya Kuching yang pertama di Asia Tenggara menggunakan teknologi itu.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     

Latihan kemahiran percuma kepada kumpulan B40 dperluas ke Sabah, Sarawak - NIOSH

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel