Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KPDNHEP rampas 720 pasang selipar tiruan di Sungai Petani


Tarikh kemaskini: 01/08/2019





BUKIT KAYU HITAM, 1 Ogos (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah, merampas 720 pasang selipar tiruan berjenama bernilai kira-kira RM7,200 dalam satu serbuan ke atas sebuah stor penyimpanan kasut di Taman Bandar Baru, Sungai Petani, semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP negeri, Omar Ismail berkata operasi itu dilakukan pada 2.45 petang membabitkan tiga anggota penguatkuasa, selepas pihaknya menerima aduan dan membuat risikan selama tiga minggu.

“Ketika serbuan terdapat empat orang pekerja termasuk pemilik stor berusia 35 tahun di premis itu, dan hasil siasatan mendapati premis itu adalah antara pembekal selipar tiruan yang dipercayai diperoleh dari China.

“Premis ini dipercayai membeli selipar tersebut pada harga harga RM10 sepasang dan menjualnya kepada kepada peniaga pasar malam dan runcit sekitar daerah berkenaan dengan harga RM15 hingga RM20 sepasang,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 8(2)(c) Akta Perihal Dagangan 2011 kerana memiliki dan membekalkan barang dagangan palsu.

“Jika sabit kesalahan, syarikat berkenaan boleh didenda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap pasang kasut, manakala bagi persendirian denda tidak lebih RM10,000 boleh dikenakan bagi setiap barang atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Penggiat industri pelancongan Johor telah diberi taklimat berhubung koronavirus - Exco

 
     

Pengusaha cendawan turut terjejas akibat cuaca panas

 
     

Tapak relau peleburan besi purba ditemukan di Kedah

 
     

Usah biarkan warisan di Kota Bukit Supai terus sepi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel