Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Aktiviti pembalakan di Cunex diarah henti serta merta


Tarikh kemaskini: 01/08/2019





IPOH, 1 Ogos (Bernama) -- Semua aktiviti pembalakan dalam kawasan yang menjadi pertikaian penduduk Kampung Tasik Asal Cunex dekat Gerik diarah dihentikan serta merta sehingga proses perbincangan di antara kerajaaan negeri dan komuniti Orang Asli terlibat selesai.

Arahan itu dikeluarkan Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam satu kenyataan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Waytha Moorthy yang dikeluarkan di sini hari ini. 

Menurut kenyataan itu, Ahmad Faizal dan  Waytha Moorthy telah mengadakan satu pertemuan semalam yang turut dihadiri  Peguam Negara Tommy Thomas bagi membincangkan isu Orang Asli Kampung Tasik Asal Cunex. 

Hasil pertemuan, kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri akan bekerjasama untuk menyelesaikan sebarang isu berkaitan komuniti Orang Asli serta mengambil serius perkara berkaitan hak-hak komuniti itu.  

"Kedua-dua kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri komited untuk mencapai penyelesaian yang adil dan saksama untuk melindungi kepentingan komuniti Orang Asli di penempatan berkenaan," menurut kenyataan itu. 

Penduduk Orang Asli di Kampung Tasik Asal Cunex membina sekatan sejak awal tahun ini bagi menghalang lori daripada mengeluarkan hasil balak di kawasan mereka, dan pada 16 Mei lalu, Ahmad Faizal membenarkan pihak penguatkuasaan merobohkan sekatan berkenaan setelah meneliti semua aduan serta sudut perundangan. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Peniaga ingkar arahan penggunaan produk biodegradasi dikompaun

 
     

PRK Kimanis: Pimpinan PH perlu fikir langkah menangi semula hati rakyat - Anwar

 
     

BN kekalkan kerusi Kimanis

 
     

Dr Mahathir mahu Bersatu Kedah kukuhkan parti - Mukhriz

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel