Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Atlet petanque ke Sukan Sea 2019 Filipina atas tiket MOM


Tarikh kemaskini: 01/08/2019





KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengambil keputusan untuk menghantar atlet petanque negara di bawah naungannya ke temasya Sukan SEA 2019 Filipina, November ini, selepas Persatuan Petanque Malaysia (PPM) digantung dalam semua kejohanan oleh badan dunia itu.

Presiden MOM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata proses pemilihan khas akan dianjurkan untuk memilih atlet petanque terbaik ke Sukan SEA 2019 yang bermula 30 Nov hingga 11 Dis ini.

PPM digantung oleh Persekutuan Petanque Antarabangsa (FIPJP) kerana didakwa berkaitan isu kewangan dan tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan ketika menyertai pertandingan antarabangsa.

“PPM telah digantung oleh FIPJP dan oleh itu proses pemilihan khas akan diadakan untuk atlet sukan berkenaan. Atlet petanque akan sertai temasya sukan di bawah naungan MOM,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Sukan SEA di Wisma OCM, di sini, hari ini.

Pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, skuad petanque negara berjaya menyumbangkan dua pingat emas menerusi Muhamad Hafizuddin Mat Daud dalam acara perseorangan lelaki serta gandingan Saiful Bahri Musmin dan Syed Akmal Fikri Syed Ali bagi acara beregu lelaki.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Pasukan bola sepak Sabah, peserta Unduk Ngadau sertai perarakan Hari Kebangsaan

 
     

Berdepan pertuduhan rogol: Exco Perak dinasihat cuti daripada tugas rasmi

 
     

Senarai penuh Kabinet Sarawak

 
     

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel