Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mayat tanpa identiti ditemui rentung


Tarikh kemaskini: 01/08/2019





KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Satu mayat tanpa identiti ditemui rentung dalam kebakaran di  sebuah premis kosong dan terbiar di Jalan Reko Kajang dekat sini, petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Mohd Sabri Abdullah berkata mayat dipercayai lelaki itu ditemui di bawah timbunan atap zink selepas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat memadamkan kebakaran itu pada kira-kira pukul 1.26 petang.

Beliau berkata siasatan pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor tidak menemui sebarang unsur jenayah di tempat kejadian dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri juga tidak ditemui di sekitar kawasan itu.

“Pasukan Forensik dan Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Shah Alam turut dipanggil bagi membantu siasatan namun tidak menemui sebarang peralatan yang menjadi punca kebakaran dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya dalam satu kenyataan..

Beliau berkata mayat itu dihantar ke Hospital Kajang untuk bedah siasat, dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu atau waris diminta menghubungi Pegawai Penyiasat kes iaitu Sjn Shawarudin Idris dengan menelefon 019-3457527, atau Balai Polis Kajang dengan menelefon 03-89114222 bagi membantu siasatan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     

Sambutan filem 'Garang - Aku Luar Biasa' mengenai atlet paralimpik kurang memberangsangkan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel