Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Gangguan bekalan air di Kuala Pilah, Jempol pada 6-7 Ogos


Tarikh kemaskini: 02/08/2019





SEREMBAN, 2 Ogos (Bernama) -- Sebahagian kawasan Kuala Pilah dan Jempol akan mengalami gangguan bekalan air sementara selama sehari bermula 8 pagi pada 6 Ogos sehingga 8 pagi, 7 Ogos.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) Norzita Ismail berkata gangguan tersebut berikutan kerja-kerja penyelenggaraan sistem elektrik dan sistem pengoperasian di Loji Rawatan Air (LRA) Kuala Jelai di Bahau, Jempol.

"Di Kuala Pilah, gangguan melibatkan seluruh kawasan di Ulu Jempol, Juasseh, Seri Menanti, Ampang Tinggi, Kepis, Johol, Melang dan sebahagian kawasan di Ulu Yoh (Daerah Tampin).

"Di Jempol pula melibatkan Kampung Batu Peti, Rumah Rakyat Rompin, Taman Melor Rompin, Kampung Baru Rompin dan sekitar Pekan Rompin," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Norzita berkata bekalan air akan disambung semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat, bagaimanapun beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami tempoh pembaikan yang lebih lama.

Pengguna yang memerlukan bantuan boleh menghubungi SAINS di talian bebas tol 1-800-88-6982.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     

Sambutan filem 'Garang - Aku Luar Biasa' mengenai atlet paralimpik kurang memberangsangkan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel