Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Laluan dari Kuchai Lama ke Putrajaya ditutup sementara


Tarikh kemaskini: 02/08/2019




KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Jalan dari arah Kuchai Lama menghala ke Putrajaya akan ditutup sementara bermula 5 hingga 10 Ogos ini, bagi kerja-kerja pelancaran rasuk Projek Kuchai Link 2 di Persimpangan Kuchai Lama.

Besraya (M) Sdn Bhd, pengendali syarikat konsesi Lebuhraya Sungai Besi (Lebuhraya Besraya), dalam satu kenyataan hari ini, berkata penutupan jalan akan bermula dari jam 10 malam hingga 5 pagi, dan trafik akan dilencongkan ke persimpangan lampu isyarat Taman Sungai Besi.

“Trafik dari arah Kampung Malaysia pula perlu menggunakan persimpangan lampu isyarat Kuchai Lama untuk ke pusat bandar ekoran daripada penutupan laluan utama untuk ke pusat bandar,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, pengguna lebuh raya dinasihatkan untuk mematuhi kesemua arahan papan tanda keselamatan dan tanda arah sementara bagi mengelak sebarang kekeliruan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan akan kaji penggunaan alat permainan yang mampu asah minda kanak-kanak

 
     

FAMA rancang bangunkan tanah wakaf dengan tanaman durian

 
     

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     

Geran usahawan hanya untuk yang benar-benar layak - Mohd Redzuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel