Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Hampir setengah juta perkasa industri pelancongan Marang


Tarikh kemaskini: 04/08/2019





MARANG, 4 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Terengganu bercadang memperuntukkan RM465,000 bagi menghidupkan semula industri pelancongan tradisional di Marang, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Ariffin Deraman.

Katanya daripada jumlah itu, RM210,000 akan diperuntukkan bagi penambahbaikan produk pelancongan dan infrastruktur di perkampungan tradisonal, Kampung Jenang.

"Kampung Jenang sangat terkenal dengan industri kraftangan, serta tempat pemprosesan 'nissang' (gula asli dari air nira kelapa), dodol serta makanan tradisional lain," katanya di sini hari ini.

Katanya, begitu juga dengan Kampung Batu Putih yang terletak berhampiran Kampung Jenang, yang mana penduduknya juga mengusahakan perniagaan yang sama dan sebanyak RM255,500 akan diperuntukkan bagi pembangunan Dataran Batu Putih (jeti sungai) sebagai tarikan baharu untuk pelancong.

Selain itu Ariffin berkata, kerajaan negeri juga akan mengkaji semula untuk menganjurkan kembali acara ‘swimathon’ yang suatu ketika dulu sangat terkenal di Marang.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel