Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jangan lakukan pembakaran terbuka- JAS Kelantan


Tarikh kemaskini: 05/08/2019





KOTA BHARU, 5 Ogos (Bernama) -- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan menasihatkan orang ramai supaya tidak menambahkan keadaan jerebu yang sedia ada, dengan melakukan pembakaran terbuka.

Pengarahnya Hamzah Mohamad berkata selain itu pemilik kenderaan, terutamanya yang menggunakan diesel, dinasihatkan supaya menyelenggara kenderaan masing-masing agar tidak mengeluarkan asap secara berlebihan.

Katanya walaupun punca jerebu sekarang adalah disebabkan impak rentas sempadan, namun penduduk diminta supaya lebih peka dengan udara sekitar, dengan mengelak melakukan perbuatan yang boleh memburukkan lagi kualiti udara.

"Jabatan sendiri menggerakkan operasi bagi mencegah pembakaran terbuka di seluruh negeri. Kita mahu menasihatkan masyarakat agar tidak sesekali melakukan pembakaran terbuka, kerana ia satu kesalahan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Hamzah berkata bagi perbuatan itu jika disabitkan kesalahan boleh didenda RM500,000 atau penjara 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Jelasnya, buat masa sekarang Indeks Pencemaran Udara (IPU) adalah 82 bagi Kota Bharu dan Tanah Merah (72) iaitu dalam kategori sederhana.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Jailan Simon sebelum ini dipetik sebagai berkata, keadaan jerebu yang melanda negara dijangka berterusan susulan kewujudan 31 titik panas dan beberapa negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia dan Sarawak, berhadapan masalah jerebu susulan kebakaran hutan di enam wilayah di Indonesia sejak empat hari lepas.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Pekan Rantau Panjang kembali pulih

 
     

Pesta Pulau Pinang sasar 500,000 pengunjung

 
     

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel