Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

808 barangan elektronik berkaitan mesin judi siber dilupuskan


Tarikh kemaskini: 06/08/2019





SEREMBAN, 6 Ogos (Bernama) -- Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban dan IPD Nilai hari ini melupuskan 808 barangan elektronik berkaitan mesin judi siber yang dianggarkan bernilai RM1.3 juta, yang dirampas ketika operasi di kedua-dua daerah itu.

Ketua Polis Daerah Seremban Supt Mohd Said Ibrahim berkata pelupusan 808 barang kes yang melibatkan peralatan elektronik dan komponen komputer itu, membabitkan 59 kertas siasatan yang sudah selesai bagi tempoh 2014 sehingga 2018.

"Kami mendapat arahan daripada mahkamah untuk lupuskan barangan tersebut. Ini juga selari dengan peruntukan di bawah Seksyen 16A Akta Rumah Judi Terbuka 1953, di mana barang kes mesin judi yang dirampas pihak polis bolehlah dimusnahkan mengikut arahan majistret.

"Justeru, kami telah mengambil inisiatif melupuskan barangan tersebut menerusi keadah E-waste di mana ianya dilihat sejajar dengan prosedur sekian Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan dilihat lebih selamat serta sesuai dengan konsep 'go green'.

“Bahan sisa barangan elektronik (E-waste) adalah barang yang tidak digunakan lagi dan dikategorikan sebagai bahan buangan kerana mempunyai ciri mudah terbakar, boleh menghakis, toksik dan memberi impak kepada kesihatan manusia serta alam sekitar," katanya pada majlis pelupusan barang kes mesin perjudian siber di Stor Barang Kes Berpusat, Sikamat di sini.

Mohd Said berkata usaha pelupusan ini dilihat sejajar dengan hasrat pucuk pimpinan untuk membenteras secara total kegiatan tidak bermoral ini.

"Pihak kami menyahut cabaran ini dan usaha ini tidak hanya terhenti di sini dan pihak kami akan membasmi aktiviti ini secara berterusan dari semasa ke semasa," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     

Sultan Nazrin rasmi Ekspo Antarabangsa Perak 2019

 
     

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel