Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Airbus Helicopter Malaysia sasar latihan simulasi 2,100 jam setahun


Tarikh kemaskini: 06/08/2019





SUBANG, 6 Ogos (Bernama) -- Airbus Helicopters Simulation Centre Sdn Bhd menyasarkan untuk menyediakan masa latihan simulasi sejumlah 2,100 jam setahun, selaras  dengan tambahan simulator penerbangan penuh Dauphin AS365 N3/N3+ di pusatnya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.

Sebelum ini, pusat itu hanya menempatkan simulator penerbangan penuh H225/H225M.

Pengurus Besar Mohamed Raziff Abdul Hamid berkata dengan adanya dua simulator, melatih juruterbang dan kru daripada kalangan pelanggan dalam sektor ketenteraan, paraawam dan sivil di seluruh rantau Asia Pasifik kini boleh dijalankan di Malaysia.

Beliau berkata keunikan simulator penerbangan itu, dalam Airbus, adalah satu-satunya simulator untuk N3 dan N3 + yang dilengkapi dengan konfigurasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Terdapat satu lagi yang serupa (dengan ini) di Paris tetapi ia tidak mempunyai corak konfigurasi SAR. Oleh itu, kami  boleh menawan pasaran lebih besar.

"Bagi April-Julai, kami telah mencapai 40 peratus daripada sasaran  jumlah latihan (penerbangan)," katanya kepada pemberita selepas mengadakan sesi penerbangan menggunakan simulator penerbangan penuh AS365 di sini, hari ini.

Meliputi kawasan lebih 10,000 meter persegi, Pusat Simulasi Helikopter Airbus di Malaysia adalah usaha sama dengan anak syarikat milik penuh Boustead Heavy Industries Corp Bhd (BHIC) iaitu BHIC Defence Technologies Sdn Bhd.

Kemudahan itu dilengkapi sepenuhnya untuk menyediakan spektrum perkhidmatan yang luas daripada penyelenggaraan berjadual dan tidak berjadual, penghantaran baharu, penyiapan dan pengubahsuaian baharu, sokongan logistik untuk alat ganti, perkhidmatan menggunakan jam, pengendalian lapangan dan hangar, serta latihan simulator .

Mohamed Raziff berkata selain Malaysia, kemudahan latihan itu telah menerima pelatih daripada beberapa negara termasuk Australia, Jepun, Oman, Korea Selatan, Taiwan, India, Indonesia, dan Thailand.

Kebanyakan pelanggan N3 dan N3 + adalah daripada kerajaan, tentera dan paraawam, katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     

Sultan Nazrin rasmi Ekspo Antarabangsa Perak 2019

 
     

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel