Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

DAP akan kemuka pendirian mengenai isu tulisan khat kepada kabinet- Anthony Loke


Tarikh kemaskini: 06/08/2019





SUBANG, 6 Ogos (Bernama) -- DAP telah mencapai pendirian bersama mengenai hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memperkenalkan seni khat dan tulisan jawi dalam sukatan mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat mulai tahun depan.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata pendirian berkenaan akan disampaikan kepada kabinet dalam masa terdekat.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut pendirian berkenaan, Loke yang juga Ketua Parlimen DAP berkata isu itu telah dibincang bersama wakil rakyat parti itu dari seluruh negara dalam satu pertemuan di ibu pejabat parti itu semalam. 

Loke, yang juga Menteri Pengangkutan, berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Pusat Serantau Penyiapan dan Penghantaran (CDC) Airbus Helicopters, di sini hari ini.

Mengulas desakan MCA agar DAP menekan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menarik balik rancangan kerajaan itu, berkata parti itu tidak perlu melayan desakan dari mana-mana parti politik, sebaliknya hanya komited pada pandangan rakyat. 

KPM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 2 Ogos lepas menegaskan pelaksanaan pengenalan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat pada tahun hadapan akan diteruskan seperti yang dijadualkan.

KPM menjelaskan pihaknya mengambil maklum pelbagai respons terhadap isu itu namun perancangan pengenalannya telah dilaksanakan melalui semakan semula kurikulum sejak 2014.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     

Sultan Nazrin rasmi Ekspo Antarabangsa Perak 2019

 
     

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel