Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Masih ada ruang pinda rang undang-undang IPCMC - Liew


Tarikh kemaskini: 06/08/2019





PUTRAJAYA, 6 Ogos (Bernama) -- Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) 2019 akan dibentang untuk bacaan kali kedua pada sidang Dewan Rakyat yang akan bermula pada 7 Oktober depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.

Beliau berkata rang undang-undang berkenaan dijangka dibentang sebelum pembentangan Belanjawan 2020 pada pertengahan Oktober.

"Masih ada ruang untuk perubahan (ketika ini). Kerajaan boleh sahaja meminda rang undang-undang IPCMC di peringkat jawatankuasa kedua dan ketiga,” katanya kepada pemberita semasa ditanya sekiranya rang undang-undang itu masih boleh dipinda walaupun ia sudah dibentangkan untuk bacaan kali pertama.

Liew ditemui selepas sesi penerangan dan perbincangan rang undang-undang IPCMC bersama pertubuhan masyarakat sivil, Majlis  Peguam dan pertubuhan bukan kerajaan di pejabatnya di sini hari ini.

Rang Undang-Undang IPCMC 2019  dibentang buat kali pertama  di Dewan Rakyat pada 18 Julai, dan ia bertujuan menggantikan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) bagi meningkatkan integriti dan keupayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

IPCMC akan bertindak sebagai badan pemantau bebas untuk menerima aduan dan menjalankan siasatan terhadap salah laku anggota polis.

Ditanya mengenai sesi perbincangan hari ini, Liew berkata, beliau menerima banyak pandangan dan cadangan yang akan dikaji dan dipertimbang.

"Ada juga yang mengutarakan cadangan supaya kuasa Perdana Menteri ditarik balik, dan diberikan kepada Suruhanjaya, semua ini perlu saya rujuk kepada Kabinet,” tambahnya.

Tambah Liew, berdasarkan cadangan dan pandangan yang diterima pada hari ini cuma 10 peratus daripada jumlah keseluruhan 60 klausa dalam rang undang-undang IPCMC akan dipinda.

"Tidak semua klausa akan dipinda. Sedikit sebanyak dan peruntukan tertentu provision sahaja," katanya lagi. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     

Sultan Nazrin rasmi Ekspo Antarabangsa Perak 2019

 
     

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel