Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Perhilitan Kelantan pasang perangkap beruang matahari


Tarikh kemaskini: 07/08/2019




KOTA BHARU, 6 Ogos (Bernama) -- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan memasang perangkap bagi menangkap seekor beruang Matahari yang dilihat berkeliaran di Felda Perasu, Gua Musang, 4 Ogos lalu.

Pengarah Perhilitan Kelantan, Ady Ermanty Haniff Mohamed Hanif berkata perangkap telah dipasang di lokasi yang dinyatakan penduduk pada pukul 2 petang semalam.

Beliau berkata sebaik menerima aduan, sepasukan anggota Perhilitan Gua Musang melakukan siasatan dan mendapati terdapat kesan haiwan liar berkenaan di lokasi yang dinyatakan penduduk.

"Siasatan awal mendapati hidupan liar tersebut berkeliaran berhampiran rumah pengadu. Susulan daripada itu, pihak jabatan telah memasang satu unit perangkap bertujuan menangkapnya sebelum berlaku kejadian yang tidak diingini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ady Ermanty berkata walaupun perangkap sudah dipasang namun pemantauan berterusan oleh anggota Perhilitan  juga sedang dilakukan.

"Beruang Matahari ini dipercayai keluar dari hutan dan berkeliaran untuk mendapatkan makanan disebabkan sekarang ini musim buah-buahan," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     

Nelayan hilang ditemui lemas di Kuala Dungun pagi ini - bomba

 
     

Pekan Rantau Panjang kembali pulih

 
     

Pesta Pulau Pinang sasar 500,000 pengunjung

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel