Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pemandu e-hailing disyaki lemas di air terjun Chamang


Tarikh kemaskini: 07/08/2019




KUANTAN, 7 Ogos (Bernama) -- Seorang pemandu e-hailing disyaki lemas akibat dibawa arus deras air terjun Chamang, Bentong dekat sini, lewat petang semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Yusuf Unis berkata Wan Khairul Amirin Rojiham, 25, yang berasal dari Jeram, Selangor dipercayai datang ke air terjun itu bersama tiga rakan untuk berekreaksi. 

“Mangsa dan rakannya dipercayai mula mandi sekitar pukul 6.30 petang sebelum dia dikatakan dibawa arus deras kira-kira 45 minit kemudian. 

“Rakan mangsa mendakwa cuba menyelamatkan mangsa, namun gagal kerana arus deras selain mangsa hilang daripada penglihatan secara tiba-tiba,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini. 

Yusuf berkata orang awam yang melihat kejadian segera menghubungi polis dan operasi mencari dan menyelamat dimulakan malam tadi sebelum dihentikan kerana cuaca semakin gelap. 

Katanya, operasi bersambung pagi ini, melibatkan  28 anggota terdiri daripada polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam dan anggota bomba sukarela Perting di Bentong. 

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel