Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Koperasi Tentera Kuantan alami tempias aktiviti premis Bitcoin


Tarikh kemaskini: 07/08/2019





KUANTAN, 7 Ogos (Bernama) -- Penghuni premis setempat di sekitar Perkampungan Seri Damai Aman mengadu bukan sahaja sekali malah dua kali mengalami gangguan bekalan elektrik tahun ini tanpa menyedari ia berpunca daripada aktiviti lubuk perlombongan Bitcoin berdekatan tempat mereka.

“Kami alami ‘blackout’ (terputus bekalan elektrik) sebanyak dua kali iaitu pada awal tahun ini dan pada hari Isnin lepas,” kata Pegawai Eksekutif Wilayah Koperasi Tentera Mohd Rizwan Mehamadi kepada pemberita ketika serbuan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kawasan berkenaan semalam.

Tambahnya, selain menjalankan rutin harian di pejabat seperti kebiasaannya beliau tidak menjangka bahawa gangguan bekalan elektrik yang dialami pada awalnya itu mempunyai kaitan dengan aktiviti Bitcoin yang beroperasi di lorong belakang koperasinya.

Selain itu, beliau juga mengaku pernah melihat individu yang melakukan usikan pada peti agihan bekalan elektrik sebanyak dua kali iaitu pada awal tahun dan baru-baru ini.

“Saya pernah nampak dia orang menjalankan aktiviti di peti ini iaitu pertama pada waktu malam awal tahun dan waktu siang baru-baru ini.

“Selepas kita buat laporan (kepada TNB) tempoh hari baru kita tahu rupanya terdapat premis Bitcoin di kawasan ini,” katanya.

Sebanyak 33 premis di sekitar Kuantan diserbu TNB kerana disyaki melakukan usikan pada peti agihan elektrik untuk menjalankan aktiviti perlombongan matawang kripto Bitcoin sehingga mengakibatkan kerugian sebanyak RM3.2 juta kepada utiliti tenaga itu.

Aktiviti perlombongan Bitcoin itu melibatkan penggunaan rangkaian komputer berkuasa tinggi, menyebabkan mereka mencuri bekalan elektrik untuk mengurangkan bil dengan membuat sambungan pintasan daripada peti agihan elektrik secara terus ke dalam premis tanpa melalui meter.

Mata wang kripto itu membolehkan individu memindahkan nilai antara satu sama lain dan membayar barangan dan perkhidmatan tanpa melalui bank-bank dan sistem kewangan arus perdana, namun ia tidak sah di Malaysia.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     

P. Pinang catat 384 kes rogol dari tahun 2014 hingga 2018

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel