Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pemandu e-hailiing ditemukan lemas di air terjun Chamang


Tarikh kemaskini: 07/08/2019





KUANTAN, 7 Ogos (Bernama) -- Pemandu e-hailing yang dikhuatiri lemas akibat dibawa arus deras air terjun Chamang, Bentong dekat sini, ditemukan pagi ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Anuar Hassan berkata mayat Wan Khairul Amirin Rojiham, 25, ditemukan kira-kira 15 meter dari lokasi terakhir dia dilihat semalam. 

"Mayat mangsa ditemui pada 9.35 pagi, iaitu kira-kira sejam setengah selepas operasi mencari dan menyelamat dimulakan hari ini, dengan penglibatan Pasukan Menyelamat Di Air Bomba," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. 

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Yusuf Unis sebelum ini dilaporkan berkata mangsa yang  yang berasal dari Jeram, Selangor dipercayai datang ke air terjun itu bersama tiga rakan untuk berekreaksi pada 5 petang semalam. 

Mangsa dan rakannya dipercayai mula mandi sekitar pukul 6.30 petang sebelum mangsa dilihat dibawa arus deras kira-kira 45 minit kemudian. 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel