Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki maut terkena renjatan dipercayai semasa cuba curi kabel


Tarikh kemaskini: 08/08/2019




JOHOR BAHRU, 8 Ogos (Bernama) -- Cubaan seorang lelaki untuk mencuri kabel elektrik akhirnya membawa bahana kepada diri sendiri apabila dia terkena renjatan dalam kejadian di Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, dekat Pasir Gudang, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Ismail Dollah berkata mayat lelaki berumur 34 tahun itu ditemui orang ramai dalam keadaan terlungkup di dalam sebuah lubang berhampiran sebuah kotak penyambung Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada pukul 9.00 malam, sebelum melaporkannya kepada pihak polis. 

“Dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat dan TNB, mayat itu berjaya dikeluarkan daripada tempat kejadian pada kira-kira pukul 12.45 tengah malam selepas bekalan eletrik diberhentikan sementara," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau menambah pihaknya percaya ketika kejadian, lelaki yang berasal dari Taman Mawar, Pasir Gudang itu cuba untuk mencuri kabel dengan memotongnya. 

Menututnya mayat itu kemudiannya dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk dibedah siasat.

Siasatan lanjut masih dijalankan oleh pihak polis dan kes diklasfikasi sebagai kematian mengejut.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Nelayan hilang ditemui lemas di Kuala Dungun pagi ini - bomba

 
     

Pekan Rantau Panjang kembali pulih

 
     

Pesta Pulau Pinang sasar 500,000 pengunjung

 
     

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel