Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis bongkar kegiatan judi online dalam bangunan pejabat, lima ditahan


Tarikh kemaskini: 08/08/2019





PETALING JAYA, 8 Ogos (Bernama) -- Polis membongkar kegiatan perjudian dalam talian yang berselindung di sebalik bangunan pejabat berikutan penahanan lima lelaki dalam operasi di Damansara di sini, hari ini.

Kesemua lelaki berusia 18 hingga 32 tahun itu ditahan dalam operasi bermula pukul 1.00 tengah hari oleh anggota dari Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Pegawai Operasi D7 Selangor ASP Rozam Effandy Raslee berkata siasatan awal mendapati sindiket perjudian itu menyewa premis berkenaan dengan harga RM8,000 sebulan.

“Pekerja menerima bayaran RM3,500 dan mereka akan bekerja bermula pukul 10 pagi hingga 12 malam,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas operasi itu.

Beliau berkata polis merampas lima komputer dan 18 telefon bimbit, dengan kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) (c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. 

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel