Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Empat kanak-kanak antara 45 warga asing ditahan imigresen


Tarikh kemaskini: 09/08/2019





BUTTERWORTH, 9 Ogos (Bernama) -- Empat kanak-kanak lelaki merupakan di antara 45 orang warga asing yang ditahan Jabatan Imigresen (JIM) Pulau Pinang dalam operasi terbarunya malam tadi.

Pengarah Imigresen negeri, Muhamad Husni Mahmud hari ini berkata kanak-kanak yang berumur di antara dua dan tujuh tahun itu ditahan dalam serbuan di beberapa apartmen di Bayan Baru dekat sini bermula pukul 11.00 malam.

“Mereka yang ditahan berumur di antara dua dan 47 tahun, dengan 17 daripada mereka warga Myanmar, 13 warga Indonesia termasuk empat kanak-kanak, dan seorang Bangladesh, ditahan setelah didapati gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri, tinggal melebihi masa dan menyalahgunakan pas lawatan sosial,” katanya di sini.

Sementara itu, penguat kuasa jabatan itu turut menahan 14 orang wanita warga Thailand berumur di antara 20 dan 35 tahun di sebuah pusat hiburan di Jalan Bagan Luar di sini yang bekerja sebagai pelayan pelanggan.

“Hasil pemeriksaan mendapati wanita-wanita ini telah melanggar pas lawatan sosial untuk memasuki negara dengan bekerja di premis berkenaan tanpa permit kerja,” katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

PH tidak tolak hasil kajian berbentuk ilmiah dan membina - Muhyiddin

 
     

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel