Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MAQIS gagalkan cubaan seludup masuk ikan hiasan dari Singapura


Tarikh kemaskini: 09/08/2019





JOHOR BAHRU, 9 Ogos (Bernama) --Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menggagalkan cubaan menyeludup masuk lima ekor ikan hiasan bernilai RM1,000 dari Singapura di Kompleks Sultan Abu Bakar (CIQ), Tanjung Kupang dekat Gelang Patah, dua hari lepas.

MAQIS menerusi kenyataan, di sini, hari ini, berkata kesemua ikan berkenaan dirampas hasil penahanan sebuah kereta di kompleks tersebut.

"Hasil pemeriksaan lanjut yang dilakukan dua pegawai MAQIS pada kira-kira 1.30 tengahari, hari berkenaan, mendapati seorang lelaki dalam lingkungan umur 20-an bertindak membawa masuk ikan hiasan itu yang tidak mempunyai sebarang permit import yang dikeluarkan oleh MAQIS mahupun Sijil Kesihatan dari negara asal," menurut kenyataan terbabit.

Menurut kenyataan itu, antara spesies ikan yang dirampas adalah Clown Loach, Red Pleco, Freshwater Barracuda dan Goliath African Tigerfish.

Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728], iaitu mengimport ikan hiasan tanpa suatu permit yang sah daripada Jabatan MAQIS, yang boleh dihukum dibawah Seksyen 11(3), Akta yang sama.

Jika disabit kesalahan boleh didenda maksimum RM100,000 atau maksimum penjara enam tahun atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan yang kedua atau berikutnya, mereka yang terlibat boleh didenda tidak melebihi RM150,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya, menurut kenyataan itu lagi.

-- BERNAMA  


 

   

 
 
     
   
 

Seksyen 5 tol WCE dibuka mulai 10 malam ini

 
     

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel